Terma dan Syarat

Terma dan Syarat
Akses ke Sistem ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut:

1. DEFINISI

“Pentadbir”

Pentadbir adalah merujuk kepada Jabatan/Unit yang bertanggungjawab mengendalikan pengurusan Sistem eSebutharga.

"ID Pengguna”

Ertinya ID individu iaitu no kad pengenalan diri yang didaftarkan untuk urusan dalam Sistem eSebutharga.

"Isi Kandungan"

Ertinya semua data, maklumat, bahan, laporan dan rekod termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan ringkas, imej, lambang, video, animasi dan bentuk seperti mana yang dipaparkan atau dimuatkan di dalam Sistem ini.

"Katalaluan"

Ertinya antara 12 aksara yang diketahui secara peribadi yang digunakan bersama ID Pengguna untuk tujuan pengesahan bagi mengakses sistem.

"Maklumat"

Ertinya apa-apa maklumat, teks, data peribadi, data, kenyataan, bahan, mesej atau sebarang maklumat lain yang dipaparkan dan/atau yang dinyatakan di dalam Sistem ini.



2. UMUM

Istilah "Anda" hendaklah merujuk kepada pengguna Sistem eSebutharga.

Akses anda ke Sistem ini dan penggunaan Perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini.

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam Sistem ini setiap kali Anda mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Sistem ini.

Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, Anda dengan ini bersetuju bahawa akses kepada Sistem ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko Anda sendiri dan Anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada penggunaan Sistem ini dan Perkhidmatan di dalamnya. Jika pada bila-bila masa Anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses Anda kepada Sistem ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan.



3. PERATURAN PENGGUNAAN

Anda bersetuju dan mengakur janji untuk TIDAK menggunakan Sistem ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin termasuklah menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan mengikut Sistem, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan ini termasuk :

  • Untuk mempamerkan apa-apa kelakuan, perbuatan atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, fitnah, hasutan, menghina atau membenci, pemalsuan, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu individu, memberikan tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi individu lain, mengandungi ancaman atau emel yang mendatangkan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mungkin menyalahi hak cipta, tanda dagang atau apa-apa harta intelek;

  • Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem;

  • Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah;

  • Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses', ‘time bombs', ‘worms', ‘cancelbots' atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem; atau menggangu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing', ‘flooding', ‘broadcast attacks database' atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem;

  • Memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan

  • Menjual semula atau menyediakan Sistem, Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.

Pentadbir mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda Sistem ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan Peraturan Penggunaan. Pentadbir sistem mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan.



4. HAK PROPRIETARI

Sistem ini dan Perkhidmatan di dalamnya adalah hak milik Pentadbir. Sistem ini adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan hak-hak proprietari lain.

Tiada lesen atau hak diberikan kepada Anda dan akses Anda ke Sistem ini dan/atau penggunaan peralatan atas talian dan Perkhidmatan tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Isi Kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pentadbir atau pemilik pihak ketiga hak proprietari yang berkaitan.



5. TANDA DAGANG

Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam Sistem ini adalah hak milik Pentadbir dan/atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Sistem ini.

Melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada Pentadbir atau pemilik pihak ketiga mana-mana tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan di Sistem ini telah diperolehi, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Sistem ini untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo. Begitu juga, melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada Pentadbir atau pemilik yang berkaitan itu, tiada tanda dagang tersebut, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke Sistem ini atau mana-mana laman lain.



6. PINDAAN

Pentadbir berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah manamana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Semua pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan akan dipaparkan di Sistem ini dan penggunaan berterusan oleh Anda di Sistem ini selepas pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan yang telah dipaparkan akan dianggap sebagai pematuhan Anda, pengakuan dan penerimaan kepada Terma dan Syarat yang dikemaskinikan.



7. PAUTAN

Pautan dari atau ke mana-mana Sistem di luar Sistem ini adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan Sistem tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan Pentadbir. Pentadbir tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan sistem-sistem tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.

Pautan yang disediakan di dalam Sistem ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan sistem-sistem tersebut atau kandungan di dalamnya oleh Pentadbir. Pautan ke sistem/laman lain adalah atas risiko Anda sendiri dan Pentadbir tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan berkaitan dengan pautan.



8. PENGHANTARAN MELALUI SISTEM

Pentadbir tidak menjamin bahawa mana-mana penghantaran yang dihantar kepada Pentadbir melalui Sistem adalah benar-benar selamat dan bebas daripada apa-apa keingkaran, kesilapan dan/atau data yang tertinggal. Disebabkan keadaan semulajadi Internet, penghantaran itu mungkin tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, kelewatan penghantaran dan kesilapan penghantaran data. Pentadbir tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan kemudahan komunikasi yang boleh menjejaskan ketepatan masa transaksi.



9. GANGGUAN SISTEM KOMPUTER

Pentadbir tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem komputer Anda. Anda akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan.

Pentadbir tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Sistem ini.



10. KERAHSIAAN MAKLUMAT

Anda hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan Katalaluan Anda dan tidak mendedahkan Katalaluan Anda kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja.

Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Katalaluan atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan ini.



11. PENGENEPIAN

Sekiranya Pentadbir gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma dan Syarat ini atas apa jua sebab, Pentadbir hendaklah tidak ditafsirkan sebagai mengenepikan hak Pentadbir untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak kami terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh Anda.



12. PENAMATAN

Pentadbir berhak untuk menamatkan/menahan akses Anda ke Sistem ini dan/atau penggunaan Sistem ini dan Perkhidmatan pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagian tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Anda melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak Pentadbir/pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Anda telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.



13. PANDUAN PENGGUNA DAN SOALAN LAZIM

"Panduan Pengguna" ertinya panduan atau panduan-panduan yang dikeluarkan oleh Pentadbir kepada Anda yang mengandungi arahan penggunaan sistem ini. Panduan Pengguna tersebut terdapat di dalam Sistem ini. Anda hendaklah membaca dan memahami Panduan Pengguna dan/atau Soalan Lazim sebelum cuba untuk menggunakan Sistem ini.



14. PENAFIAN

Isi Kandungan dan Maklumat yang disediakan oleh Pentadbir berdasarkan "sedia ada" dan "sebagaimana tersedia". Rujukan kepada Isi Kandungan dan Maklumat yang terkandung di dalam Sistem ini adalah termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga. Pentadbir tidak memberi jaminan bahawa Perkhidmatan akan disediakan pada setiap masa.

Pentadbir tidak memberikan sebarang jaminan nyata atau tersirat, representasi, atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, pelanggaran hak, kebolehdagangan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, terkini, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu berhubung dengan Sistem ini, Isi Kandungan, Maklumat dan/atau fungsi di dalamnya secara jelas menafikan liabiliti bagi kesilapan dan ketinggalan dalam Isi Kandungan dan/atau Maklumat. Tanpa pengurangan kepada peruntukkan di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian berkenaan dengan produk dan perkhidmatan Pentadbir, langkah-langkah sewajarnya akan diambil oleh Pentadbir untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat dari Pentadbir.

Anda, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Sistem ini dan/atau mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Sistem ini. Anda hendaklah bersetuju bahawa apaapa Maklumat yang digunakan/didapatkan dari Sistem ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Sistem ini untuk tujuan Perkhidmatan adalah lengkap, tepat, boleh dipercayai, terkini dan bebas daripada kesilapan. Dalam apa keadaan Pentadbir tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan secara langsung, tidak langsung, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Sistem ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Sistem ini.


Hakcipta Terpelihara © 2024 - Kolej Komuniti Ledang, Kementerian Pendidikan Tinggi.